Jumat, 04 Januari 2013

SEJARAH MANCHESTER UNITED

Manchester United's emblem

 

 MANCHESTER UNITED F.C.

 

 

 

 Tahun-tahun Busby (1945-1969)

Rencana utama: Manchester United 1945-1969
Plak di Old Trafford sempena memperingati mereka-mereka yang terkorban di dalam tragedi Munich Air.
Penanda jalan Sir Matt Busby Way yang terkenal.

Matt Busby telah dilantik menjadi pengurus pada tahun 1942 dan telah mengambil langkah yang yang tidak pernah didengar ketika itu, dengan menyertai pemain ketika latihan serta melakukan kerja-kerja pentadbiran. Beliau dengan segera mencapai kejayaan, apabila kelab ini berjaya menghabiskan liga ditempat kedua pada tahun 1947 dan memenangi Piala FA pada tahun 1948.
Beliau juga telah membawa polisi mengambil pemain dari pasukan belia bilamana sesuai, dan telah memenangi liga pada 1956 dengan purata umur pemain hanya pada 22 tahun. Polisi belia ini telah memainkan peranan yang penting kepada kejayaan kelab ini. Pada musim berikutnya, mereka sekali lagi memenangi liga dan berjaya mara ke perlawanan akhir Piala FA, kalah kepada Aston Villa. Mereka juga merupakan pasukan Inggeris pertama yang bertanding didalam Piala Eropah, dan berjaya sampai ke separuh akhir.
Tragedi telah menimpa pada musim berikutnya, apabila pesawat yang membawa pulang pasukan dari perlawanan Piala Eropah terhempas ketika berlepas setelah mengisi minyak di Munich. Tragedi Munich pada 6 Februari 1958 telah mengorbankan lapan pemain dan lima belas penumpang lainnya. Terdapat andaian bahawa kelab ini akan gulung tikar, tetapi, dengan Jimmy Murphy mengambil alih sebagai pengurus ketika Matt Busby beransur pulih dari kecederaan, kelab ini terus bermain menggunakan pemain-pemain simpanan. Walaupun begitu, mereka berjaya mencapai perlawanan akhir Piala FA sekali lagi, dimana mereka tewas kepada Bolton Wanderers.
Busby membina kembali pasukan pada awal 1960-an, dengan mengikat pemain seperti Denis Law dan Pat Crerand. Pasukan ini telah memenangi Piala FA pada tahun 1963, dan selepas itu memenangi liga pada tahun 1965 dan 1967 diikuti oleh Piala Eropah pada tahun 1968, sekaligus menjadi kelab pertama Inggeris yang berjaya melakukannya. Kelab ini juga terkenal kerana mempunyai tiga pemenang Pemain Bola Sepak Eropah Tahunan: Bobby Charlton, Denis Law dan George Best. Busby bersara daripada menjadi pengurus pada tahun 1969 dan telah digantikan oleh jurulatih pasukan simpanan dan juga merupakan bekas pemain United, Wilf McGuinness.

1969-1986

Manchester United FC badge in the 1970s

United berusaha untuk mengantikan Busby, dan pasukan ini juga berusaha dibawah kendalian Wilf McGuinness dan Frank O'Farrell sebelum Tommy Docherty menjadi pengurus pasukan di akhir tahun 1972. Docherty, atau di kenali juga sebagai 'The Doc', telah menyelamatkan United dari penurunan divisyen pada musim itu tetapi United akhirnya tersingkir pada tahun 1974. Pasukan ini telah layak untuk kembali pada percubaan pertama dan berjaya ke perlawanan akhir Piala FA pada tahun 1976, tetapi telah dikalahkan oleh Southampton. Mereka berjaya ke perlawanan akhir sekali lagi pada tahun 1977, mengalahkan Liverpool. Walaupun dengan kejayaan ini, dan dengan populariti beliau ke atas penyokong, Docherty telah dipecat selepas perlawanan akhir selepas beliau diketahui telah menjalinkan hubungan dengan isteri kepada seorang ahli fisioterapi.
Dave Sexton telah menggantikan Docherty sebagai pengurus pada musim panas tahun 1977, dan membuat pertukaran formasi yang lebih bercorak pertahanan kepada pasukan. Corak ini tidak begitu popular kepada penyokong, yang mana telah biasa dengan corak serangan yang biasa digunakan oleh Docherty dan Busby, dan selepas gagal untuk memenangi trofi Sexton, beilau telah dipecat pada tahun 1981, walaupun telah memenangi tujuh perlawanan terakhir semasa beliau bertugas.
Beliau telah digantikan dengan seorang yang ranggi bernama Ron Atkinson yang mana telah memecahkan rekod perpindahan British untuk mengikat Bryan Robson dari West Brom. Pasukan Atkinson telah menonjolkan beberapa pemain-pemain baru seperti Jesper Olsen dan Gordon Strachan yang bermain bersama-sama bekas pemain pasukan belia, Norman Whiteside dan Mark Hughes. United telah memenangi Piala FA pada tahun 1983 dan 1985 dan telah menjadi pilihan untuk memenangi liga pada musim 1985-86 selepas memenangi sepuluh perlawanan pertama liga mereka, membuka sepuluh mata perbezaan kepada pasukan lawan seawal Oktober. Prestasi pasukan telah jatuh, walau bagaimanapun, United hanya dan telah berjaya menghabiskan musim di tempat keempat. Prestasi yang buruk telah mengikut untuk musim berikutnya, dan dengan United yang hampir di akhir zon penurunan Divisyen Pertama, Atkinson telah dipecat.

Era Alex Ferguson, sebelum treble (1986-1998)

Alex Ferguson tiba dari Aberdeen untuk menggantikan tempat Atkinson dan memimpin kelab untuk menghabiskan liga di tempat ke-11. Pada musim berikutnya (1987-88), United menghabiskan liga di tempat kedua, dengan Brian McClair menjadi pemain United pertama selepas George Best untuk menjaringkan dua puluh gol dari pada liga dalam satu musim.
Walau bagaimanapun, United terpaksa berhempas pulas sepanjang dua musim berikutnya, dengan kebanyakan pemain baru Ferguson tidak mencapai jangkaan peminat. Alex Ferguson telah banyak kali dilaporkan hampir dipecat ketika awal tahun 1990 tetapi gol Mark Robins memberikan kemenangan tipis kepada United pada pusingan ketiga Piala FA mengatasi Nottingham Forest, yang mana ramai menganggapnya sebagai kemenangan yang menyelamatkan karier Ferguson. United telah mara untuk memenangi pertandingan tersebut, mengalahkan Crystal Palace pada final ulangan.
United memenangi Piala Juara-Juara Eropah pada 1990-91, mengalahkan juara Sepanyol tahun tersebut, Barcelona dalam aksi final pertandingan, tetapi mengecewakan buat United pada musim berikutnya selepas United disingkirkan oleh Leeds United akibat kemerosotan. Pada masa yang sama, dalam tahun 1991, nilai kelab telah meningkat di Bursa Saham London dengan nilai sebanyak £47 juta, memperlihatkan kewangannya ke pada umum.
Ketibaan Éric Cantona pada November 1992 telah memberikan sinar penting kepada United, dan diadun bersama dengan kebolehan terbaik yang dimiliki oleh Gary Pallister, Denis Irwin dan Paul Ince, bersama-sama bintang yang meningkat naik seperti Ryan Giggs, mereka menamatkan musim 1992-93 sebagai juara buat kali pertama semenjak 1967. Mereka memenangi "dua kejuaraan" (liga Inggeris dan Piala FA) untuk kali pertama pada musim berikutnya, dibantu dengan kemasukan Roy Keane, pemain tengah yang gigih dari Nottingham Forest, yang mana akan menjadi kapten kelab. Walau bagaimanapun pada tahun yang sama, kelab ini telah berdukacita berikutan dengan kematian pengurus legenda dan presiden kelab Matt Busby, yang telah kembali pada 20 Januari 1994.
Pada musim 1994-95, Cantona telah menerima penggantungan selama lapan bulan kerana telah melompat ke tempat orang ramai dan menyerang Matthew Simmons, seorang penyokong Crystal Palace, dalam perlawanan United di Selhurst Park. Seri pada perlawanan terakhir liga dan kalah kepada Everton didalam perlawanan akhir Piala FA menjadikan United sebagai naib juara di kedua-dua, liga dan Piala FA. Ferguson selepas itu telah membuat perubahan yang mengejutkan penyokong kelab dengan menjual pemain utama dan menggantikan mereka dengan pemain dari pasukan belia, termasuk David Beckham, Gary Neville, Phil Neville dan Paul Scholes. Pemain-pemain baru ini, sebahagiannya terus menjadi pemain pasukan kebangsaan England, melakukannya dengan baik dan membolehkan United memenangi dua kejuaraan sekali lagi pada musim 1995-96. Ini merupakan kali pertama sebuah kelab Inggeris memenangi dua kejuaraan sebanyak dua kali.
Rekod tanpa kalah Eropah United telah dipecahkan oleh Fenerbahçe, yang memenangi 1-0 di Old Trafford pada 30 Oktober 1996 dengan gol Elvir Bolić yang membias.
Mereka memenangi liga pada tahun 1997, dan Éric Cantona telah mengumumkan persaraan beliau dari bola sepak pada umur 30. Mereka telah memulakan musim (1997-98) dengan baik, tetapi mereka hanya berjaya menamatkan liga di tempat kedua pada musim tersebut, di belakang pemenang dwi-kejuaraan Arsenal.

Kejuaraan treble (1998-99)

1998-99 merupakan musim di mana Manchester United telah mencapai kejayaan di dalam sejarah kelab bola sepak Inggeris selepas mereka berjaya menjadi pasukan Inggeris yang pertama dan satu-satunya untuk memenangi "Treble" - memenangi Premiership, Piala FA dan Liga Juara-Juara UEFA pada musim yang sama. Selepas menghadapi musim Liga Perdana yang sukar, Manchester United berjaya memenangi kejuaraan pada hari terakhir dengan mengalahkan Tottenham Hotspur 2-1, sementara Arsenal menang 1-0 ke atasAston Villa. Memenangi Premiership merupakan bahagian pertama untuk mendapatkan Treble, bahagian yang digambarkan Alex Ferguson sebagai yang paling sukar. Di dalam perlawanan akhir Piala FA, United bertemu Newcastle United dan menang 2-0 dengan jaringan dari Teddy Sheringham dan Ole Gunnar Solskjaer. Pada perlawanan terakhir untuk musim tersebut, Perlawanan Akhir Liga Juara UEFA 1999 mereka mengalahkan Bayern Munich yang mana dianggap sebagai kemuncak perlawanan terhebat pernah disaksikan. Selepas ketinggalan dengan gol awal jaringan sepakan percuma Mario Basler, United berada di belakang Bayern selama 85 minit. Selepas hampir 90 minit mereka mendapatkan sepakan sudut yang telah disempurnakan oleh pemain gantian Teddy Sheringham untuk gol penyamaan. Tidak berputus asa, United memperolehi gol kedua hasil sepakan sudut David Beckham, yang dijaringkan oleh Ole Gunnar Solskjaer, seorang lagi pemain gantian. Ferguson kemudiannya dikurniakan darjah kebesaran Britain kerana khidmatnya kepada bola sepak.

Selepas treble (1999-kini)

United memenangi liga pada tahun 2000 dan 2001 tetapi pihak akhbar melihat musim tersebut sebagai kegagalan kerana mereka tidak berjaya mendapatkan Piala Eropah. Sir Alex telah menggunakan taktik bertahan untuk membuatkan United susah untuk dikalahkan di Eropah tetapi ia tidak berjaya dan United menghabiskan musim di tempat ketiga pada musim 2002. Mereka telah berjaya mendapatkan kembali kejuaraan liga pada musim berikutnya (2002-03) dan memulakan musim berikutnya dengan baik, tetapi prestasi mereka telah jatuh secara drastik apabila Rio Ferdinand menerima pengantungan kontroversi selama lapan bulan akibat gagal mengambil ujuan dadah. Walau bagaimanapun mereka memenangi Piala FA 2004, menyingkirkan Arsenal (akhirnya merupakan juara liga musim tersebut) ketika di dalam pendakian ke perlawanan akhir, yang mana mereka telah mengalahkan Millwall.
Musim 2004-05 telah digambarkan sebagai kegagalan untuk menjaringkan gol, sebahagian besarnya disebabkan oleh kecederaan penyerang Ruud van Nistelrooy dengan United telah menghabiskan musim tersebut tanpa sebarang piala dan di tempat ketiga liga. Kali ini , dengan mereka juga tidak mendapat "hadiah saguhati" piala FA selepas Arsenal mengalahkan United pada penentuan sepakan penalti selepas seri tanpa jaringan selama 120 minit. Di luar padang, cerita utama keluar yang menyatakan kemungkinan besar bahawa kelab ini akan diambil alih pada penghujung musim, oleh ahli perniagaan Tampa Malcolm Glazer, (juga merupakan pemilik pasukan Ragbi Amerika Tampa Bay Buccaneers), cuba mengambil alih kepentingan kelab. United telah memulakan musim 2005-06 dengan agak kurang menyakinkan, dengan pemergian pemain tengah Roy Keane ke Celtic selepas membuat kritikan secara umum kepada beberapa pemain pasukan, dan kelab ini gagal untuk layak ke fasa kalah-mati Liga Juara UEFA untuk kali pertama sepanjang sedekad selepas tewas kepada kelab Portugis SL Benfica. Pada musim ini juga mereka mendapat tamparan hebat dengan kecederaan kepada pemain utama seperti Gabriel Heinze, Alan Smith, Ryan Giggs dan Paul Scholes. Walau bagaimanapun, mereka telah berjaya mengelak dari menghabiskan musim dengan tangan kosong - satu kekecewaan yang tidak pernah dirasai sepanjang 17 tahun - dengan memenangi Piala Liga dengan mengalahkan pasukan yang baru mendapat kenaikan Wigan Athletic di perlawanan akhir 4-0. United juga telah memastikan mereka berakhir di tempat kedua dan secara automatik layak ke Liga Juara pada hari terakhir musim dengan mengalahkan Charlton Athletic 4-0. Pada akhir musim 2005-2006, penyerang utama United, Ruud van Nistelrooy, telah meninggalkan kelab untuk bersama-sama Real Madrid, kerana a berbalah dengan Alex Ferguson.

Pengambilalihan Malcolm Glazer

Pada 13 Mei 2005, ahli perniagaan Malcolm Glazer telah mendapat semua kepentingan di dalam kelab menerusi pelaburan Red Football Ltd. dalam pengambilan nilai kelab yang berjumlah hampir £800 juta (lebih kurang $1.5 bilion atau RM5.5 bilion). Pada 16 Mei, beliau menambah saham kepada 75% untuk mengeluarkan kelab tersebut daripada Bursa Saham, menjadikannya milik persendirian sekali lagi, dan telah mengumumkan niat beliau dalam masa 20 hari. Pada 8 Jun beliau telah melantik anak-anak beliau menjadi lembaga pengarah kepada Manchester United sebagai pegawai bukan eksekutif.
Pada Julai 2006 kelab ini telah mengumumkan pakej pinjaman semula. Kerana sebelum ini hutang yang diambil Glazers untuk pembelian kelab telah terbahagi kepada kelab dan keluarga, tetapi kini ia akan hanya terdiri daripada kelab. Dengan jumlahnya menjadi £660 juta, yang mana pembayaran interest akan menjadi £62 juta setahun. Ia merupakan pengurangan pembayaran interest sebanyak 30%.

Lencana dan warna

Semasa hari-hari Newton Heath, pakaian tuan rumah kelab ini adalah berwarna kuning dan hijau; corak tersebut telah dikembalikan sebagai pakaian semasa keluar pada awal tahun 1990-an sempena memperingati ulangtahun yang ke-100 kelab. Kelengkapan tuan rumah Manchester United yang paling dikenali ialah jersi berwarna merah, seluar putih dan stokin berwarna hitam. Kelengkapan semasa keluar pula kebiasaannya ialah jersi berwarna putih dengan seluar hitam dan stokin berwarna putih.
Kelengkapan ketiga kebiasaannya berwarna biru tetapi kelab ini juga pernah menggunakan hitam keseluruhan dan pada satu ketika pada pertengahan tahun 90-an mereka menggunakan kelabu keseluruhan. Jersi mereka kini telah ditaja oleh penaja utama AIG dengan baju berwarna merah dengan jalur emas di bahagian tepi. Bahagian lengan mempunyai warna putih manakala simbol AIG dan Nike juga berwarna putih. Sulaman perkataan MUFC dibawah jersi adalah berwarna emas. Gencana kelab diletak di atas corak perisai putih. Jersi untuk perlawanan luar pula berwarna putih dengan jalur hitam di bahagian tepi. Bahagian lengan dan leher mempunyai warna emas manakala simbol AIG, Nike, dan MUFC berwarna hitam. Gencana terletak di atas corak perisai berwarna hitam.
Gencana Manchester United telah beberapa kali ditukar, tetapi ciri-ciri utamanya masih lagi kekal. Lencana ini telah direka berdasarkan gencana bandar Manchester. Bentuk iblis pada gencana kelab adalah berasal dari gelaran kelab "The Red Devils", yang telah dipakai pada awal tahun 60-an selepas Sir Matt Busby mendengarnya sebagai gelaran kepada pasukan liga ragbi Salford yang menggunakan baju merah. Pada akhir tahun 1960-an, iblis tersebut telah mula dimasukkan ke dalam acara dan program kelab, sebelum ia akhirnya dimasukkan ke dalam gencana kelab pada tahun 1970, memegang serampangnya yang jelas. Pada 1998, gencana tersebut telah sekali lagi direka semula, kali ini dengan menghilangkan perkataan "Football Club".

Penajaan

Tempoh Pengeluar kit Penaja baju
1945–1975 Umbro tiada
1975–1980 Admiral
1980–1982 Adidas
1982–1992 Sharp Electronics
1992–2000 Umbro
2000–2002 Vodafone
2002–2006 Nike
2006–2010 AIG
2010– Aon

Pada 23 November 2005 Vodafone telah menamatkan kontrak tajaan baju empat tahun £36 juta dengan Manchester United. Pada 6 April 2006, ketua eksekutif David Gill mengumumkan AIG sebagai penaja baju baru  Manchester United dengan rekod baru kontrak penajaan baju sebanyak £56.5 juta untuk dibayar dalam tempoh empat tahun (£14.1 juta setahun). Manchester United kini mempunyai penajaan kedua terbesar di dunia selepas Juventus dari liga Itali, yang mendapat kontrak dengan Tamoil dengan akses lebihan £15 juta setahun.Perjanjian empat tahun ini telah diumumkan sebagai penajaan terbesar dalam sejarah British, mengatasi perjanjian antara Chelsea dengan Samsung.
Pada awal musim 2010-11, Aon syarikat reinsurans Amerika menjadi penaja utama kelab itu dalam perjanjian empat tahun yang dikatakan bernilai lebih kurang £ 80 juta, menjadikannya urusan penajaan baju paling lumayan dalam sejarah bola sepak. Manchester United mengumumkan kit penaja latihan pertama mereka pada bulan Ogos 2011, bersetuju perjanjian empat tahun dengan DHL dilaporkan bernilai £ 40 juta; ia dipercayai menjadi contoh pertama penajaan kit latihan dalam bola sepak Inggeris.

0 komentar:

Posting Komentar